Wanita maut nahas dua kenderaan di Jementah

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Segamat
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Segamat
A
A
A

SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori treler di kilometer (KM) 54 Jalan Muar-Segamat berhampiran stesen minyak Jementah, di sini, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2.40 petang, apabila kereta yang dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 35 tahun, secara tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori treler yang sedang berhenti di lorong kecemasan menghala ke arah Tangkak.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta cedera parah di kepala, badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu lori treler seorang lelaki warga tempatan berusia 61 tahun, tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat juga boleh menyalurkanya kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mega Rajiman di talian 07-9325811,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II KUP Zamri Uyob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 paa jam 2.11 petang.

Katanya, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dengan kekuatan enam anggota bomba telah dihantar ke lokasi.

“Setibanya PKO ke lokasi, didapati kemalangan jalan raya tersebut melibatkan dua kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dengan lori treler.

Artikel Berkaitan:

“Pemandu kereta perodua Kancil iaitu seorang wanita didapati telah tersepit di bahagian pemandu sementara pemandu lori treler iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, pemandu kereta Perodua Kancil itu kemudiannya dikeluarkan oleh PKO menggunakan peralatan khas RTA, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!