Model kewangan EPL berat sebelah?

Chelsea antara enam kelab gergasi EPL. Foto AFP
Chelsea antara enam kelab gergasi EPL. Foto AFP
A
A
A

MODEL kemampanan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) disifatkan berat sebelah apabila menyekat kelab bercita-cita tinggi daripada mencabar penguasaan enam pasukan besar, kata pemilik bersama Crystal Palace, John Textor.

Peraturan keuntungan dan kelestarian (PSR) diperkenalkan pada 2013 untuk menyamakan kedudukan dan menghalang kelab mempunyai pemilik kaya daripada membelanjakan sejumlah besar wang.

Kelab berdepan risiko potongan mata apabila mengalami kerugian lebih daripada £105 juta pound dalam tempoh tiga tahun atau £35 juta semusim.

Bagaimanapun, mereka boleh mengimbangi perbelanjaan dengan hasil yang dijanakan dalam tempoh tersebut.

Melabur dalam pembangunan belia, bola sepak wanita, infrastruktur dan kerja komuniti juga merupakan cara untuk mengimbangi kerugian dalam akaun dan mengelakkan sekatan.

Bagaimanapun pengkritik berkata, peraturan kewangan EPL menyaksikan peluang terhad untuk kelab kecil mencabar pasukan lebih mantap dengan pangkalan penyokong-penyokong lebih besar.

“Sudah jelas bahawa mereka (PSR) dibina untuk memastikan bahawa kelab yang tidak memacu pendapatan yang besar tidak dapat mengejar.

“Permainan adil kewangan adalah satu penipuan bagi sesuatu istilah, untuk mengatakan ia mengenai kemampanan. Kemampanan harus mengenai kualiti kunci kira-kira anda, bukan nisbah terhadap keuntungan dan kerugian anda.

Artikel Berkaitan:

“Kami mempunyai tiga bilionair dalam kumpulan pemilikan kami (di Crystal Palace). Kami tidak dibenarkan berbelanja pada tahap pasukan yang berada dalam enam teratas,” kata Textor semasa Sidang kemuncak Financial Times Business of Football.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!