TikTok Shop dan MDEC perkasa usahawan tempatan

Pencipta kandungan, Tulippetals sedang menjalankan penstriman langsung di TikTok Shop bagi menyokong usahawan meningkatkan kemahiran mereka.
Pencipta kandungan, Tulippetals sedang menjalankan penstriman langsung di TikTok Shop bagi menyokong usahawan meningkatkan kemahiran mereka.
A
A
A
SHAH ALAM - Seramai lima usahawan yang mengambil bahagian dalam pertandingan penstiman langsung anjuran bersama di antara Tik Tok Shop dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berpeluang mengikuti latihan insentif yang mampu memperluaskan perniagaan mereka.

Lima peserta usahawan itu menduduki tempat teratas daripada keseluruhan 70 usahawan daripada pelbagai latar belakang dari seluruh negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan yang diadakan selama dua bulan bermula pada 1 Disember 2023.

Lima peserta bertuah itu ialah Healez HQ dari Kuala Lumpur yang menduduki tempat pertama, diikuti Fatimah Traditional Recipe dan cikpuanazilacpa dari Selangor masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, dua lagi usahawan, Hajjah Tokey Hasil Laut (Kedah) dan Beadsland Trading dari Negeri Sembilan masing-masing memperoleh tempat keempat dan kelima.

Kesemua usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) itu akan mengikuti program latihan intensif selama sebulan dan dibiayai secara eksklusif oleh salah satu TikTok Shop Partner (TSP) terkemuka, StoreNGo, sekali gus akan membantu memacu pertumbuhan perniagaan masing-masing.

Pada masa sama, kelima-lima usahawan tersebut kemudiannya diberikan sokongan dan bimbingan termasuk peralatan yang membantu perkembangan perniagaan mengikut fasa perubahan yang dilalui mereka.

Menurut Ketua Perkongsian TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, peranan PKS amatlah penting bagi sesebuah negara kerana ia merupakan tunjang kepada kekuatan ekonomi khususnya bagi Malaysia.

“Justeru, TikTok Shop membolehkan PKS mencipta pengalaman e-dagang yang holistik dan lancar bagi pembeli, yang merangkumi hiburan, pendidikan dan penglibatan interaktif.

“Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat meningkatkan keterlihatan produk yang dihasilkan dan dijual secara tempatan serta meningkatkan keupayaan penstriman langsung dalam kalangan usahawan.
Artikel Berkaitan:


“Maka, menerusi kerjasama bermakna dengan MDEC dan komuniti TikTok Shop ini, kami berharap ia dapat membuka peluang baharu kepada usahawan tempatan bergerak selangkah demi selangkah,” katanya.

Program penstriman langsung

Mengenai pertandingan penstriman langsung itu, inisiatif TikTok bersama MDEC itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran usahawan tempatan dalam ruang digital.

Healez HQ dan Fatimah Traditional Recipe sedang giat memperkenalkan produk masing-masing sempena pertandingan penstiman langsung anjuran TikTok Shop-MDEC
Healez HQ dan Fatimah Traditional Recipe sedang giat memperkenalkan produk masing-masing sempena pertandingan penstiman langsung anjuran TikTok Shop-MDEC



Healez HQ dan Fatimah Traditional Recipe sedang giat memperkenalkan produk masing-masing sempena pertandingan penstiman langsung anjuran TikTok Shop-MDEC
Healez HQ dan Fatimah Traditional Recipe sedang giat memperkenalkan produk masing-masing sempena pertandingan penstiman langsung anjuran TikTok Shop-MDEC



TikTok Shop memberikan sokongan kepada para peserta usahawan yang terlibat menerusi latihan dalam talian dan luar talian, 'boot camp' penstriman langsung dan peningkatan jumlah penonton.

Malah, TikTok Shop juga bekerjasama dengan beberapa pencipta kandungan seperti Tulippetals, tasha_407, Syaa_faten, almiyaz.my, dan nl.alchemist untuk memberikan sokongan kepada para usahawan melalui penstriman langsung.

Sementara itu, MDEC pula telah menyumbangkan RM50,000 sebagai sokongan kredit iklan kepada peserta untuk membantu meningkatkan keterlihatan dan tontonan produk mereka di TikTok Shop.

Hasilnya, terdapat peningkatan yang ketara dalam jualan sehingga mencapai kadar 445 peratus kenaikan untuk para finalis.

Kejayaan inisiatif pertandingan itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz yang mana beliau menyifatkan ia telah membantu mempercepatkan mempercepatkan pertumbuhan usahawan tempatan dalam bidang digital.

“MDEC sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan TikTok Shop bagi mempercepatkan pertumbuhan usahawan tempatan kita dalam bidang digital.

“Inisiatif itu sejajar serta konsisten dengan Program-Program Katalis Digital Malaysia (PeMangkinMD) bagi mendorong ekonomi digital negara kita.

“Dengan menyediakan latihan yang berserta pengalaman langsung daripada pencipta kandungan, kita berhasrat untuk meningkatkan pertumbuhan penjual-penjual ini dalam ekonomi digital yang berkembang pesat.” jelasnya.

Inisiatif #JomLokal

Sebagai sebahagian daripada inisiatif #JomLokal, TikTok Shop merencanakan pelbagai bengkel dan sesi latihan kepada lebih ramai para peniaga di seluruh negara sekali gus memberi kesan positif kepada komuniti usahawan.

TikTok Shop diiktiraf sebagai rakan kerjasama eUsahawan oleh MDEC.
TikTok Shop diiktiraf sebagai rakan kerjasama eUsahawan oleh MDEC.



Inisiatif seumpama pernah dilaksanakan oleh TikTok Shop sebelum ini menerusi kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan menyalurkan hasil daripada 11.11 Mega LIVE Showdown kepada 30 usahawan mikro di bawah YWP, seterusnya menyokong permulaan perjalanan e-dagang mereka di platform TikTok Shop.

TikTok Shop turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membudayakan literasi digital dalam kalangan usahawan luar bandar melalui Pusat Internet Luar Bandar (PEDi).

Inisiatif literasi digital itu memberi impak positif kepada lebih 1,000 penjual di 12 negeri di Malaysia melalui bengkel, latihan dan sokongan berkaitan penstriman langsung.

Pada masa sama TikTok Shop turut diiktiraf sebagai Rakan Kerjasama eUsahawan oleh MDEC sempena Karnival eUsahawan dan Gig Fest 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Karnival itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Mahathir.

Karnival eUsahawan dan Gig Fest 2024 itu menghimpunkan para pekerja bebas dan komuniti dalam aspek Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi perkongsian pengalaman dan kepakaran bidang pencipta kandungan.

Malah, kerjasama TikTok Shop dengan MDEC turut memperkasakan 2,000 pelajar di 10 buah universiti dengan pembangunan sukatan pelajaran TikTok Shop, serta memudahkan pembangunan penjual di kawasan pedalaman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!