Kesan luka tembakan jadi bukti penipuan Israel

Sebahagian mangsa cedera akibat tembakan dirawat di Hospital al-Shifa. Foto Agensi
Sebahagian mangsa cedera akibat tembakan dirawat di Hospital al-Shifa. Foto Agensi
A
A
A

BANDAR GAZA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan kebanyakan mangsa cedera dalam kejadian serangan terhadap konvoi bantuan di Genting Gaza pada Khamis lalu mengalami kesan luka akibat tembakan.

Laporan itu dibuat wakil mereka yang melawat Hospital al-Shifa yang merawat kira-kira 200 individu pada Jumaat setelah Israel mendakwa insiden tersebut kononnya berpunca daripada rempuhan kerana panik selepas tembakan amaran dilepaskan.

Tetapi, kebenaran tentang dakwaan rejim Zionis dipersoalkan banyak pihak hingga menyebabkan pemimpin di seluruh dunia menggesa siasatan penuh dilancarkan.

Menerusi rakaman di lokasi kejadian, bunyi tembakan dapat didengari dengan jelas dan penduduk Gaza lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Serangan terbaharu itu mengorbankan lebih 100 orang manakala kira-kira 760 cedera.

Sementara itu, Pengurus interim di Hospital al-Awda, Dr Mohamed Salha mengesahkan kemudahan itu menerima 176 pesakit dan 142 daripadanya cedera akibat ditembak dan selebihnya patah anggota tubuh kerana insiden rempuhan. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!