Pendedahan SPRM: Pengkhianatan paling besar pemimpin negara

Mukhriz (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Abdullah Hamid, 72, ketika kunjungan ke rumahnya di Kampung Tandop Kedabu, Jalan Kuala Jerlun hari ini.
Mukhriz (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Abdullah Hamid, 72, ketika kunjungan ke rumahnya di Kampung Tandop Kedabu, Jalan Kuala Jerlun hari ini.
A
A
A

JERLUN - Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sembilan set rakaman audio didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi amat mengejutkan banyak pihak.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ini merupakan suatu pengkhianatan paling besar yang dilakukan oleh seorang pemimpin negara iaitu Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri.

Menurutnya, pendedahan itu juga menunjukkan bagaimana institusi kerajaan disalah guna oleh pemimpin tertinggi negara.

“Ia telah merosakkan semua institusi kerajaan daripada pejabat Peguam Negara, SPRM serta tidak pasti mana-mana lagi agensi atau jabatan yang terlibat dengan kerjasama daripada ketua-ketua yang sepatutnya lebih faham mengenai tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan,” katanya ketika hadir ke program Ziarah Kasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kampung Tandop Kedabu hari ini.

Mukhriz berkata, pendedahan itu amat penting untuk negara dan berharap tindakan sewajarnya diambil susulan daripada perkembangan terbaru tersebut.

“Amanah yang dipikul ketua-ketua jabatan terlibat penting dan berat, tapi nampaknya telah 'dihijack' oleh seorang Perdana Menteri yang mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Katanya, perkara itu serius kerana seorang pemimpin tertinggi dalam negara telah menunjukkan contoh yang begitu buruk kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dedahkan rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi Najib

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!