RXZ Fighters didik penunggang jadi pengguna berhemah

Fadzli (empat dari kanan) bersama pemenang cabutan bertuah pada Program RXZ Fighter Gathering di Serambi Teruntum pada Sabtu.
Fadzli (empat dari kanan) bersama pemenang cabutan bertuah pada Program RXZ Fighter Gathering di Serambi Teruntum pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Penganjuran RXZ Fighter adalah bagi mendidik peminat dan penunggang motosikal menjadi pengguna jalan raya yang berhemah

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, itu antara hasrat kerajaan Pahang yang menganjurkan acara terbabit selama dua hari.

"Yang penting kita hendak mendidik penunggang motosikal, bukan sahaja penunggang RXZ, tapi juga motosikal yang lain agar sentiasa berhemah.

Fadzli
Fadzli

"Pandu cermat, hormat pengguna jalan raya lain, sebab itu dalam (rakaman) video, kita sentiasa utarakan soal disiplin di atas jalan raya ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Program RXZ Fighter Gathering di Serambi Teruntum pada Sabtu.

Mengulas lanjut program itu, Fadzli berkata, lebih 50,000 peserta dan pengunjung datang memeriahkan acara yang julung kali diadakan di sini.

Jelasnya, mereka yang hadir bukan sahaja dari seluruh pelosok negeri, tetapi ada juga dari negeri lain termasuk Singapura.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah platform kerajaan Pahang untuk meraikan minat dan kegemaran anak muda. Jadi, bukan sahaja penunggang motosikal, tetapi peniaga di sekeliling pun majoriti anak muda dapat merancakkan ekonomi di sini.

"Malah, aktiviti pelancongan juga dirancakkan apabila, hotel, rumah inap desa dan pengusaha restoran juga mendapat manfaat daripada program ini," ujarnya.

Melihat sambutan luar biasa, Fadzli memaklumkan, kerajaan bercadang untuk melaksanakan program ini pada tahun hadapan.

"Saya tengok dengan sambutan yang cukup baik boleh dilaksanakan di negeri ini. Kita juga akan nilai beberapa perkara dan mungkin tiada masalah untuk kita buat di daerah lain," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!