Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir Terbuka Jerman
Beregu lelaki profesional negara yang juga pilihan utama itu tunduk 5-21, 15-21 kepada pilihan ketiga kejohanan dalam saingan separuh akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle.
Gandingan China itu dijadual berdepan wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan pada perlawanan akhir esok. Terdahulu wakil Taiwan itu mara ke final selepas mengetepikan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 22-20, 21-11.
Kali terakhir Malaysia meraih gelaran Terbuka Jerman pada edisi 2022 menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!