Lelaki seberat 230kg terpaksa pulang ke rumah naik lori APM

Anggota APM memindahkan katil pesakit ke dalam lori. Foto Ihsan APM
Anggota APM memindahkan katil pesakit ke dalam lori. Foto Ihsan APM
A
A
A

SEREMBAN - Lelaki obesiti dengan berat badan 230 kilogram (kg) terpaksa dihantar pulang ke rumah dengan menaiki lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan pada Sabtu.

Ini kerana lelaki berusia 31 tahun itu yang merupakan pesakit di Hospital Tuanku Jaafar di sini berdepan kesukaran untuk menaiki kenderaan biasa untuk pulang ke rumah disebabkan fizikalnya.

APM berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital berhubung perkara itu jam 4.42 petang.

"Panggilan itu menyatakan terdapat satu kes khidmat khas membawa seorang pesakit obesiti pulang ke rumahnya di Taman Ixora, Senawang.

"Pada jam 5.11 petang seramai enam anggota APM Seremban telah digerakkan ke hospital," katanya pada Sabtu.

Anggota APM membantu menghantar pesakit obesiti pulang ke rumahnya. Foto Ihsan APM
Anggota APM membantu menghantar pesakit obesiti pulang ke rumahnya. Foto Ihsan APM

Menurutnya, pada jam 5.23 petang, operasi mengangkat dan memindahkan pesakit itu ke dalam lori APM telah dilakukan.

Ujarnya, pada jam 6.18 petang, pesakit telah sampai ke rumah dan proses memindahkan lelaki terbabit selesai pada jam 7.14 malam.

Artikel Berkaitan:

Lelaki obesiti ini merupakan pesakit Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Foto Ihsan APM
Lelaki obesiti ini merupakan pesakit Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Foto Ihsan APM

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!