Enam korban banjir di Selatan Peru
LIMA - Sekurang-kurangnya enam orang terkorban selepas kenderaan yang mereka naiki dihanyutkan air dalam kejadian banjir di wilayah Apurimac di selatan Peru, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Sabtu.
Kejadian berlaku pada awal Jumaat, menurut stesen radio tempatan Exitosa.
Pihak berkuasa tempatan memindahkan orang ramai dari daerah Kaspichaka selepas Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan melaporkan mengenai kerosakan rumah di daerah Talavera akibat limpahan Sungai Chumbao. - Bernama-Xinhua
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!