Lima terbunuh, 91 cedera dalam letupan bunga api di Iran

Lima terbunuh dan 91 yang lain cedera di Iran sepanjang 20 Februari hingga 1 Mac lalu dalam insiden yang berpunca daripada letupan bunga api menjelang Fire Festival di negara itu. Gambar hiasan
Lima terbunuh dan 91 yang lain cedera di Iran sepanjang 20 Februari hingga 1 Mac lalu dalam insiden yang berpunca daripada letupan bunga api menjelang Fire Festival di negara itu. Gambar hiasan
A
A
A
TEHRAN - Lima terbunuh dan 91 yang lain cedera di Iran sepanjang 20 Februari hingga 1 Mac dalam insiden yang berpunca daripada letupan bunga api menjelang Fire Festival di negara itu, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA) pada Sabtu .

Jumlah kematian meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas manakala bilangan yang cedera meningkat 57 peratus, menurut ISNA memetik Ketua Pertubuhan Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar.

Beliau berkata, satu kematian dilaporkan di Tehran manakala empat lagi di wilayah West Azarbaijan.

Kemalangan yang disebabkan oleh bunga api kerap berlaku menjelang Fire Festival yang disambut pada malam Rabu terakhir sebelum sembutan Nowruz iaitu Tahun Baru Iran yang jatuh pada 20 Mac tahun ini.

Fire Festival akan disambut pada 12 Mac. - Bernama-Xinhua

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!