Raja Norway Raja Harald V akan jalani rawatan lanjut di Rikshospitalet

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

LANGKAWI - Raja Norway Raja Harald V akan menjalani rawatan lanjut di Rikshospitalet sebaik berangkat tiba di Norway, menurut kenyataan yang dikeluarkan kerabat diraja Norway dalam laman sesawang www.royalcourt.no.

"Baginda akan bercuti selama dua minggu. Dalam tempoh ini, Putera Mahkota akan menjalankan tugas sebagai pemangku raja,” menurut kenyataan itu.

Pada Sabtu, Raja Harald V berjaya menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi.

Prosedur itu dilaksanakan berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda, Bjorn Bendz.

Bernama pada 28 Februari lepas melaporkan Raja Harald V menerima rawatan di Langkawi selepas gering ketika bercuti di Malaysia. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!