Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

UMNO perlu buka 'war room' di enam Parlimen - Ahmad Maslan

A
A
A
BERITA SEMASA 3 MAC 2024

UMNO disaran membuka 'war room' di enam Parlimen susulan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diluluskan parti itu, pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, persediaan awal perlu dilakukan di Parlimen Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan, Bukit Gantang dan Tanjong Karang.

Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat turut menjangkakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak berdepan masalah untuk meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652484/berita/politik/umno-perlu-buka-war-room-di-enam-parlimen---ahmad-maslan?fbclid=IwAR2gvQCbEYNWHaLGBoSGBeSFXmPs4JLG2i51lA2Ch-F5RHKSUA8pKAKP7l0

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #AhmadMaslan #UMNO