Wanita cedera dihempap papan tanda

Tangkap layar video memaparkan detik-detik kejadian papan tanda tercabut diterbangkan angin sebelum menghempap mangsa di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah di sini pada Sabtu.
Tangkap layar video memaparkan detik-detik kejadian papan tanda tercabut diterbangkan angin sebelum menghempap mangsa di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah di sini pada Sabtu.
A
A
A

JERANTUT - Seorang wanita cedera dihempap papan tanda yang tercabut diterbangkan angin kencang dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah dekat sini pada Sabtu.

Mangsa, G Muniammah, 57 tahun mengalami lebam di mata dan dahi akibat kejadian terbabit

Video kejadian menimpa pekerja syarikat pembersihan Alam Flora itu tular di media sosial selepas dikongsi netizen dan mendapat perhatian pihak polis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, kejadian menimpa pekerja syarikat pembersihan Alam Flora itu berlaku kira-kira jam 5 petang dalam keadaan cuaca hujan lebat dan angin kencang.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal melepasi lampu isyarat hijau di persimpangan lampu isyarat terbabit.

"Secara tiba-tiba sebuah papan tanda tercabut akibat ditiup angin kencang sebelum menghempap mangsa.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk menjalani rawatan lanjut selepas kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian, bagaimanapun siasatan lanjut tidak dijalankan kerana kejadian disebabkan bencana dan bukan kemalangan jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!