Shehbaz Sharif dilantik PM baharu Pakistan
ISLAMABAD - Shehbaz Sharif pada Ahad menerima sokongan buat kali kedua untuk menjadi Perdana Menteri Pakistan, sekali gus mengetuai pakatan yang goyah.
Keputusan itu dibuat Perhimpunan Kebangsaan berdasarkan 201 undi berpihak kepada adik bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif tersebut, kira-kira tiga minggu selepas berakhirnya pilihan raya umum yang didakwa telah dicemari penipuan undi.
"Shehbaz telah dilantik untuk memegang jawatan ini," ujar Speaker, Sardar Ayaz Sadiq.
Difahamkan pesaingnya, Omar Ayub Khan yang merupakan calon pilihan kelompok yang menyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan hanya meraih 92 undi.
Pelantikan pemimpin berusia 72 tahun itu dibuat dua hari selepas Parlimen menamakan Sardar sebagai Speaker walaupun berdepan bantahan kumpulan pro-Imran. - AFP
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!