Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
SHAH ALAM - Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam berkata, enam kawasan yang terlibat adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Pendang, Baling, Pokok Sena dan Sik.
“Tahap berjaga-jaga adalah apabila suhu maksimum harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
“Ia berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di laman sesawang MetMalaysia,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!