BP Fighter A, Cipusan ungguli Boling Anak Perantau
TEAM BP Fighter A dan Team Cipusan mengungguli Kejohanan Boling Anak Perantau Kelab Penyokong Pahlawan Merah Malaysia (KPPMM) The Red Warriors Lembah Klang (TRWLK) 2024 yang berlangsung di Ole-Ole Superbowl, Seksyen 18, Shah Alam pada Ahad.
Kategori Lelaki pula dimenangi Mohd Ikhzal Mohamed Zugina selepas mengumpul 651 jatuhan pin mengatasi pencabar terdekat Shaiful Samsuddin (641 jatuhan pin) kedua diikuti Faisa Ngah (635 jatuhan pin) ketiga.
Haslinda Duda mengungguli Kategori Wanita dengan jatuhan 602 pin mengatasi Norussilawati Yaacob dengan 582 jatuhan pin) kedua manakala Yasmin Othman ketiga dengan 569 jatuhan pin.
Sebagai rekod, juara edisi ketujuh kali ini membawa pula RM2,000, naib juara RM1,000, ketiga RM400.
Hadir merasmikan kejohanan wakil Menteri Besar Kelantan yang juga Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan, Razuan Awang Hamad bersama Penolong Pengarah Kanan Hubungan SERANTA (UPKNK), Ahmad Zaharuddin Zaid.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ahli Majlis Perwakilan Penduduk, Firdaus Mokhtar; wakil Kumpulan Karangkraf Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang dan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk, Aishah Mohd Zain.
“Kejohanan program tahunan persatuan anak-anak perantau di Lembah Klang bertujuan memperkukuhkan silaturahim sesama kami anak perantau berjaya menarik 226 peserta.
“Hari ini kita dapat lihat bakat terpendam dalam kalangan anak-anak Kelantan di perantau di pentas boling yang secara tidak langsung kami menyahut potensi bakat baharu sukan boling peringkat akar umbi dalam menyahut saranan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh,” kata Presiden KPPMM TRWLK, Muhammad Faizal Hasbi.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!