Cuaca sejuk atau panas, bersyukurlah nikmat yang ALLAH berikan

Merak Jalanan menasihatkan orang ramai terutama penduduk di negeri yang terlibat supaya berwaspada ketika cuaca panas melampau ini. Foto hiasan
Merak Jalanan menasihatkan orang ramai terutama penduduk di negeri yang terlibat supaya berwaspada ketika cuaca panas melampau ini. Foto hiasan
A
A
A

CUACA panas yang melanda negara ketika ini memang mencabar kehidupan seharian rakyat Malaysia. Rasa panas membahang sehinggakan hendak keluar rumah pun rasa malas.

Pada waktu malam pun kita boleh berpeluh, inikan pula pada waktu siang. Kalau kurang minum air, pastinya tekak akan cepat kering dan boleh mengakibatkan batuk atau hilang suara.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di negeri Kedah dengan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius.

Daerah yang dikesan dilanda titik panas ialah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi.

Ramai juga yang mengeluh dengan keadaan cuaca panas ini. Tapi entahlah, bila cuaca sejuk ketika musim hujan sebelum ini pun mereka mengeluh juga. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan.

Ketika cuaca panas ini, Merak Jalanan bersyukur kerana bekerja dalam tempat berhawa dingin. Tidak dapat dibayangkan bagi mereka yang bekerja di luar bangunan dalam suhu mencecah 35 darjah Celsius.

Bayangkan mereka yang perlu mencari rezeki di bawah panas terik matahari seperti anggota polis trafik, penghantar makanan, pemotong rumput, buruh binaan, tukang kebun dan ramai lagi.

Bagi mereka yang bekerja di pejabat dilengkapi penyaman udara, bersyukurlah kerana masih boleh mencari rezeki dengan selesa.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Merak Jalanan menasihatkan orang ramai terutama penduduk di negeri yang terlibat supaya berwaspada ketika cuaca panas melampau ini.

Kurangkan aktiviti di luar. Kalau perlu keluar, pilihlah pakaian berwarna terang, memakai topi dan payung.

Jangan lupa, selalulah minum air dan apabila berada dalam rumah, tidak perlulah ‘berkira’ untuk memasang penyaman udara atau kipas angin. Maklumlah, takut bil elektrik melambung.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!