Ben Foster benci bermain untuk Manchester United

Foster (dua dari kanan) memenangi Piala liga Inggeris (EFL) bersama Manchester United pada 2009. Foto Agensi
Foster (dua dari kanan) memenangi Piala liga Inggeris (EFL) bersama Manchester United pada 2009. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS penjaga gol England, Ben Foster mendedahkan bahawa dia membenci setiap saat bermain untuk Manchester United.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu lebih dikenali kerana bermain untuk West Brom dan Watford.

Foster keluar daripada persaraan untuk beraksi bersama kelab Divisyen Empat, Wrexham pada penghujung musim lalu.

Dia memutuskan untuk menggantung semula butnya musim ini.

Namun, ramai peminat tidak menyedari bahawa Manchester United adalah majikan Foster selama lima tahun.

Selepas menandatangani kontrak pada Julai 2005 bersama The red Devils, Foster dipinjamkan selama dua musim ke Watford sebelum menyertai Birmingham pada 2010.

Sepanjang menyarung jersi United, Foster sekadar tampil sebanyak 23 kali dalam semua pertandingan.

Foster (tengah) menjadi pemain paling digemari rakan sepasukan dan peminat Wrexham. Foto Agensi
Foster (tengah) menjadi pemain paling digemari rakan sepasukan dan peminat Wrexham. Foto Agensi

Artikel Berkaitan:

Tempatnya dalam kesebelasan utama terhad kerana terpaksa bersaing dengan penjaga gol hebat seperti Edwin van der Sar.

"Saya benci setiap saat bermain untuk Manchester United. Saya langsung tidak menikmatinya.

"Perasaan gementar dan bimbang membuat kesilapan sering menghantui saya setiap kali disenaraikan dalam kesebelasan utama.

"Itu tidak bagus. Apabila anda melangkah ke dalam padang dengan tanggapan buruk, maka hari anda akan berakhir dengan bencana," ujarnya.

Foster sebelum ini mengakui Wrexham sentiasa istimewa di hatinya selepas menandatangani perjanjian jangka pendek dengan kelab Wales itu pada Mac tahun lalu.

Dia membuat 12 penampilan sepanjang berada di kelab tersebut yang dimiliki bintang Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney.

Sebelun selepas menyertai Wrexham, Foster muncul wira apabila menyelamatkan penalti masa kecederaan menentang Notts County untuk meletakkan Wrexham dalam jarak menyentuh kenaikan automatik dari Liga Kebangsaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!