Isteri nekad hebahkan 'satu dunia' suami curang

Pada poster itu turut tertera gambar suami dan kekasih gelapnya. Foto Agensi
Pada poster itu turut tertera gambar suami dan kekasih gelapnya. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Gara-gara berang dicurangi, seorang wanita nekad menghebahkan perbuatan suaminya kepada 'satu dunia'.

Kejadian itu berlaku di daerah Tam Thuy, bandar Foshan di wilayah Guangdong, China selepas isteri berkenaan bertindak menampalkan poster besar tentang kisah curang suaminya pada sebuah kereta.

Pada poster itu turut tertera gambar suami dan kekasih gelapnya.

Kereta itu sengaja diletakkan di ruang parkir kedai tekstil Xinbaiwang memandangkan suaminya adalah pemilik premis tersebut.

"Bos Vu telah sekian lama terlibat hubungan terlarang. Wanita itu adalah anak saudara isterinya, namun mereka tetap menjalinkan cinta secara terang-terangan.

"Perbuatannya jelas melanggar moral dan hati nurani manusia," menurut kapsyen pada poster tersebut.

Poster sama juga ditampal pada cermin di hadapan gedung tersebut.

Wanita itu memilih cara tersebut untuk memalukan suaminya kerana berasa sakit hati diperlakukan sedemikian.

Artikel Berkaitan:

Poster 'panas' itu mencuri perhatian ramai memandangkan gedung tersebut berada di lokasi strategik malah ada yang mengambil gambar atau merakamkan video. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!