UMNO Kelantan belum terima arahan PRK

Noor Hariri
Noor Hariri
A
A
A

KOTA BHARU - Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor menegaskan pihaknya masih belum menerima sebarang arahan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Gua Musang, Jeli dan Nenggiri.

Ia susulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menggubal perlembagaan berkait tindakan Ahli Parlimen mereka menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bagaimanapun seluruh jentera UMNO negeri sentiasa dalam keadaan bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan PRK.

"Saya lihat betapa terdesaknya blok pembangkang untuk mengenakan tindakan ke atas enam Ahli Parlimen mereka supaya pilihan raya diadakan semula.

"Bagi saya tiada keperluan pun untuk dibuat pilihan raya ketika ini. Ianya tidak membawa kepada perubahan kerajaan Pusat sekalipun," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, pembangkang sepatutnya fokus berkhidmat kepada rakyat.

Ujarnya, tindakan berpolitik sepanjang masa bukan sahaja merugikan rakyat malah memberikan kesan tidak baik pada negara.

Noor Hariri memberitahu, jika PRK berlaku, pihaknya percaya ia akan menjadi medan pembangkang menjaja cerita rekaan dan menabur hasutan fitnah kepada rakyat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!