Hezbollah serang tentera Israel dekat sempadan di selatan Lubnan
BEIRUT - Kumpulan Hezbollah Lubnan pada Ahad mendakwa telah menyerang pasukan tentera Israel di selatan Lubnan menyebabkan ada yang terkorban.
Serangan itu berlaku di kawasan berhampiran dengan bandar Wazzani, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Hezbollah.
Hezbollah mendakwa anggotanya turut berjaya menyerang sistem pengawasan Israel berhampiran sempadan.
Israel belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu setakat ini.
Sementara itu, Agensi Berita Lubnan melaporkan Israel turut membedil bandar Al-Khiam, Marjaayoun dan Wazzani.
Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.
Ketegangan kini memuncak di sepanjang sempadan antara Lubnan dan Israel sejak kedua-dua pihak mula berperang pada tahun 2006.
Ketegangan di sempadan itu berlaku di tengah-tengah serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 30,410 orang sejak 7 Oktober lepas. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!