Tahan kenderaan UNIFIL: Pasukan pengaman Malaysia di Lubnan Selamat

Kenderaan berperisai milik UNIFIL yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah di kawasan Hay al-Sellom di Dahiyeh, selatan Beirut, baru-baru ini. - Foto: Agensi
Kenderaan berperisai milik UNIFIL yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah di kawasan Hay al-Sellom di Dahiyeh, selatan Beirut, baru-baru ini. - Foto: Agensi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan anggota pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) dari Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Mohamed Khaled ketika dihubungi berkata demikian secara ringkas dan memaklumkan bahawa perincian lanjut akan dikeluarkan dalam kenyataan rasmi kemudian.

Menurut laporan media Lubnan, kenderaan berperisai milik UNIFIL yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah di kawasan Hay al-Sellom di Dahiyeh, selatan Beirut, baru-baru ini.

Portal Defence Security Asia (DSA) yang memetik media Lubnan melaporkan bahawa kawasan berkenaan berada di luar kawasan operasi UNIFIL.

Portal berita berbahasa Arab, Lubnan Al-Modon pula mengeluarkan video memaparkan keadaan dalam kenderaan perisai UNIFIL itu yang antara lain menunjukkan di stereng kenderaan perisai terdapat perkataan "Cendana Auto" dan beberapa peralatan peribadi milik anggota pengaman.

Ketika berita ini disiarkan, Bernama masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan daripada Markas Angkatan Bersama yang berperanan menyelaraskan keperluan operasi dan misi di bawah PBB. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!