Mansuh tol Gombak, Karak elak kesesakan - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim (gambar kecil) mencadangkan kerajaan menghapuskan Plaza Tol Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di Lebuhraya Pantai Timur.
Tuan Ibrahim (gambar kecil) mencadangkan kerajaan menghapuskan Plaza Tol Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di Lebuhraya Pantai Timur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menghapuskan Plaza Tol Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di Lebuhraya Pantai Timur.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, kesesakan itu amat melampau dan berlaku di seluruh negara terutama di kawasan plaza tol.

“Sebagai contoh di Lebuh Raya Pantai Timur, ada empat (plaza) tol terpaksa pengguna berhenti (iaitu) Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak dan (plaza tol) keluar.

“Sedangkan untuk ringankan beban pengguna, sepatutnya kerajaan guna dua kaedah, waktu masuk dan keluar sahaja.

“Dua tol perlu dihapuskan (iaitu) tol Gombak dan tol Karak, tidak perlu diadakan sebab ia melambatkan dan menyesakkan lebuh raya tersebut,” katanya ketika sesi perbahasan titah diraja di sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pihak bertanggungjawab untuk meneliti semula waktu membaikpulih jalan raya supaya tidak ‘menyusahkan’ pengguna.

“Semalam saya balik dari Kota Bharu (Kelantan), pekerja konsesi membaiki lebuh raya atas jambatan di kawasan Kemaman (Terengganu) ketika waktu puncak, kereta banyak, dia boleh baiki tampalan di atas jambatan.

“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, kerajaan kena pastikan tidak ada kerja tampalan jalan ketika waktu puncak hingga menyebabkan kesesakan melampau,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!