Majoriti rakyat AS tak setuju dasar Biden mengenai konflik Gaza

Penunjuk perasaan berarak semasa perhimpunan 'March for Gaza' di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Sabtu. Foto AFP
Penunjuk perasaan berarak semasa perhimpunan 'March for Gaza' di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Sabtu. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Sebanyak 60 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju dengan cara Presiden AS, Joe Biden mengendalikan konflik antara Israel-Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Sputnik.

Tinjauan oleh The Wall Street Journal pada Ahad mendedahkan, sebanyak 42 peratus daripada responden percaya Israel agak keterlaluan dalam tindakannya memerangi kumpulan Palestin di wilayah terkepung itu.

Selain itu, sebanyak 19 peratus daripada responden percaya tindakan Israel di Gaza tidak memadai manakala 24 peratus lagi percaya tindak balas Israel adalah betul.

Tinjauan itu juga mendedahkan simpati dalam kalangan penduduk AS terhadap rakyat Palestin semakin meningkat kerana 33 peratus responden percaya Amerika Syarikat tidak melakukan cukup usaha untuk membantu mereka.

Pada masa sama, 30 peratus rakyat Amerika berpendapat bahawa AS memberikan terlalu banyak bantuan kepada Israel.

Tinjauan itu dijalankan dari 21 hingga 28 Februari melibatkan seramai 1,500 responden. - Bernama/Sputnik

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!