Dibuai cinta palsu, warga emas rugi lebih RM31,000
KUCHING - Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam', setelah berkenalan dengan orang yang tidak dikenali menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, menurut laporan yang diterima, wanita berusia 60-an itu telah berkenalanan dengan suspek di laman sosial tersebut dan kemudian terus berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.
"Suspek kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa dia akan ke Miri serta membawa sejumlah wang tunai dalam matawang Taiwan, kononnya mahu diserahkan kepada mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa mengatakan dia telah ditahan oleh pihak kastam kerana membawa tunai yang banyak dan kemudian meminta tolong dari mangsa untuk membantunya membayar cukai yang dikenakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila suspek gagal dihubungi sebelum laporan polis dibuat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!