Hot Daddy, dua rakan wanita mengaku tidak bersalah jual video lucah
04 Mac 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 MAC 2024
Seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya berhubung video tidak bermoral, didakwa lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Isnin, atas satu pertuduhan menjual video lucah, dua bulan lalu.
Dua penganggur iaitu, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan Norhidayah Mahadi, 24, manakala pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #hotdaddy