Bangunan SK Suan Lamba musnah terbakar
KINABATANGAN - Sebuah bangunan membabitkan enam bilik musnah dalam kejadian yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Suan Lamba, di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, semua bilik darjah yang musnah itu difahamkan tidak lagi digunakan oleh pihak sekolah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.10 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 43 kilometer dari BBP Kinabatangan.
"Menurut laporan, kejadian melibatkan sebuah blok bangunan yang terdapat enam bilik kosong milik sekolah yang tidak digunakan lagi telah terbakar 100 peratus.
"Operasi memadamkan kebakaran segera dijalankan menggunakan sumber air terbuka iaitu kolam berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit.
"Api berjaya dikawal pada jam 6.10 petang dan operasi ditamatkan kira-kira setengah jam kemudian," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!