Adik MB Perak meninggal dunia

FB Saarani Mohamad
FB Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH - Adik lelaki Menteri Besar Perak, Ahmad Rozimi Mohamad meninggal dunia pada 10 pagi tadi di Hospital Taiping.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu dalam satu hantaran melalui laman Facebooknya.

"Pohon doa daripada semua supaya diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di syurga ALLAH SWT," katanya.

Jenazah Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 49 tahun itu disembahyangkan di Masjid Al Hamidiah Kampung Raban dan dikebumikan di Kampung Raban, Lenggong petang tadi. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!