Ibu mentua upah gengster simbah cat merah

Pasangan itu tetap meneruskan perkahwinan mereka. Foto Agensi
Pasangan itu tetap meneruskan perkahwinan mereka. Foto Agensi
A
A
A

MEXICO CITY - Gara-gara tidak merestui perkahwinan anak lelakinya, seorang wanita di Mexico sanggup mengupah tiga samseng untuk menyimbah cat merah pada gaun bakal menantunya.

Meskipun berdepan pelbagai halangan daripada keluarga pihak lelaki, pasangan itu dapat juga melangsungkan perkahwinan di bandar Ciudadd Obregon, wilayah Sonora pada 17 Februari lalu.

Kisah mereka menjadi tular di negara Amerika Utara tersebut setelah gaun dipakai pengantin perempuan 'rosak' akibat disimbah cat merah pada hari bahagia pasangan itu.

Beberapa sumber rapat dengan mereka mendakwa, tiga samseng muncul secara tiba-tiba ketika pengantin perempuan berada di luar gereja sebelum upacara perkahwinan bermula.

"Gengster itu turut merakamkan perbuatan mereka sebagai bukti kepada individu yang mengupah trio tersebut," ujar sumber itu lagi.

Difahamkan, keluarga pihak lelaki berulang kali cuba menghalang pasangan itu daripada berkahwin. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!