Penumpang maut, kereta terbabas langgar tunggul

Kereta dinaiki mangsa selepas terbabit nahas di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Temerloh di sini pada Isnin.
Kereta dinaiki mangsa selepas terbabit nahas di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Temerloh di sini pada Isnin.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang penumpang sebuah kereta maut manakala empat yang lain termasuk pemandu dilaporkan cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar tunggul pokok di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Temerloh di sini pada Isnin.

Dalam nahas jam 4.36 petang itu, mangsa seorang wanita berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini jam 8.15 malam, hari sama.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 29 tahun bersama empat penumpang berusia 3 hingga 36 tahun dalam perjalanan dari arah Jerantut menghala ke arah Mentakab.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan terlanggar tunggul pokok di sebelah kanan jalan.

"Akibat kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Mazlan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!