Seorang maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas
KAJANG - Seorang maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian di Bandar Tun Hussein Onn dekat sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5.13 pagi.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamatkan mangsa terlibat.
"Kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda HRV yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, kejadian melibatkan tiga mangsa yang merupakan pemandu serta penumpang kenderaan berkenaan.
"Kesemua mangsa terlibat berumur antara 46, 47 dan 50 tahun, dengan seorang daripadanya maut.
"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang parah dibawa ke hospital berdekatan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!