Anak bunuh bapa kerana isteri dimarahi
BEKASI - Seorang anak hilang pertimbangan apabila tergamak membunuh bapa kandungnya sendiri dalam kejadian di Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini.
Insiden di Kampung Tipar, Desa Lembusawah, Kecamatan Pabuaran, Kabupaten Sukabumi itu berlaku pada malam tahun baru lalu.
Siasatan polis dan keterangan saksi berkata, pembunuhan itu bermotifkan rasa tidak puas hati selepas isteri suspek dimarahi mangsa.
"Kejadian ini bermula selepas suspek berusia 45 tahun mendapat tahu isterinya dimarahi mangsa. Berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa sebelum situasi bertukar tegang.
"Kerana gagal mengawal perasaan, si anak menikam bapanya dengan senjata tajam," kata jurucakap polis Sukabumi, Saepul Rohman.
Katanya, mangsa yang berusia 61 tahun meninggal dunia ketika dirawat di sebuah klinik kesihatan.
"Suspek sudah ditangkap dan akan dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!