Bas Rapid KL terbakar: Pemandu, tujuh penumpang selamat

Kenyataan dikeluarkan Rapid Bus Sdn Bhd pada Selasa.
Kenyataan dikeluarkan Rapid Bus Sdn Bhd pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) mengesahkan bas milik syarikat itu terbakar dalam kejadian berhampiran hentian bas Komersial Taman Seputeh di sini ada Selasa.

Menurut kenyataan Rapid Bus, kejadian kebakaran sekitar jam 8 pagi itu melibatkan sebuah bas Rapid KL di laluan 640.

"Ketika kejadian, kapten bas mengambil keputusan pantas untuk memberhentikan bas dan menurunkan penumpang sebagai langkah keselamatan apabila terlihat asap dari bahagian belakang bas.

"Ketika kejadian, terdapat tujuh penumpang di dalam bas dan pihak bomba dihubungi tiba di lokasi pada jam 8.16 pagi serta berjaya memadam kebakaran," kata kenyataan itu pada Selasa.

Terdahulu, pemandu dan tujuh penumpang terbabit yang berdepan detik cemas berjaya keluar dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas bas itu dihentikan di bahu jalan di lokasi kejadian.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak bomba dan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya," tambah kenyataan itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!