JPNJ pantau video tular babit pelajar, guru dan sekolah

Aznan Tamin (enam dari kanan) bergambar bersama penerima geran Program Pendidikan Kelestarian pada Majlis Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Antara Uda Land (South) Sdn Bhd dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Wisma SBBU, Johor Bahru.
Aznan Tamin (enam dari kanan) bergambar bersama penerima geran Program Pendidikan Kelestarian pada Majlis Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Antara Uda Land (South) Sdn Bhd dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di Wisma SBBU, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) diarah memantau segala video tular media sosial membabitkan sekolah, pelajar dan guru negeri ini.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak penularan maklumat tidak tepat disebarkan sehingga institusi pendidikan menjadi tohmahan masyarakat.

"Perlu ada pelan atau langkah bagi menangani penularan di media sosial membabitkan institusi sekolah.

"Ia termasuk penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial membabitkan sekolah, guru dan pelajar supaya ia tak jadi tohmahan dan cercaan masyarakat," katanya.

Aznan
Aznan

Beliau berkata demikian sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota nota persefahaman (NoU) UDA Holdings Bhd (UDA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd Salem Kailany.

Dalam pada itu, Aznan berkata, tiada pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dibuat di sekolah negeri ini, setakat ini walaupun ada cadangan untuk melakukannya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini tiada sekolah di Johor memasang CCTV termasuk bagi menangani kes buli.

"Ini kerana prosedur ini memerlukan keizinan Kementerian Pelajaran (KPM). Saya akan semak dengan KPM, kerana perkara dasar seperti ini perlu rujuk mereka," katanya.

Sementara itu, JPNJ menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diarah memastikan tiada pelajar tercicir sempena pembukaan sesi persekolahan minggu hadapan.

Aznan berkata, langkah itu sejajar dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang melihat pendidikan anak Bangsa Johor dipertingkat dan tiada keciciran.

Jelasnya, kerajaan negeri telah menggerakkan program supaya tiada pelajar tercicir di negeri ini dalam sesi awal persekolahan kali ini terutama dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!