'Ada ahli Parlimen pembangkang tergolong kumpulan B40'

Abdul Latiff
Abdul Latiff
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat wakil rakyat bloknya tergolong dalam kumpulan B40 susulan tindakan Kerajaan Perpaduan tidak memberikan peruntukan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, situasi itu berlaku disebabkan mereka terpaksa berkongsi elaun diperoleh dengan rakyat yang memerlukan.

“Setelah setahun empat bulan di bawah kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) ini, peruntukan kami yang dipilih oleh rakyat tidak pernah diberikan walaupun satu sen.

“Ada dalam kalangan ahli-ahli Parlimen sebelah sini (pembangkang) telah jatuh pada B40 selang beberapa hari elaun masuk kerana terpaksa diagihkan bersama rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti ini,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Tambahnya, tindakan kerajaan ketika ini yang tidak mengagihkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bukan sahaja melanggar janji tetapi juga mengenepikan hak dan undang-undang.

Ujar Abdul Latiff, mana-mana kerajaan yang memerintah seharusnya bersikap terbuka demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

“Perlu diingat, dunia ibarat roda. Siapa pun tidak akan kekal selamanya dan tiada siaapa yang boleh tongkat langit.

“Oleh itu, ucapan ini merupakan sebuah pesanan. Pesanan yang saya ingin bawa ini ialah untuk sebuah negara menyayangi dan kasih antara satu sama lain yang mana usahanya untuk menangani segala masalah rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!