Ketua Polis Daerah Rembau meninggal dunia

Hazri meninggal dunia pada jam 2 petang di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada Selasa.
Hazri meninggal dunia pada jam 2 petang di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad meninggal dunia pada jam 2 petang di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada Selasa.

Allahyarham yang berusia 59 tahun meninggal dunia akibat kanser pankreas.

Berita duka itu disahkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Menurut Ahmad Dzaffir, Allahyarham dijangka berpencen pada bulan September ini.

"Allahyarham seorang yang berpengalaman dalam bidang kepolisian, tegas dan amanah.

"Seorang pegawai yang disegani dan mesra dengan semua lapisan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan, malah ia kehilangan yang besar bagi kami kerana telah menabur jasa dan bakti yang besar," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!