'Tulisan jawi adik Alif cantik dan kemas'

Kisah seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit kulit serius bersungguh-sungguh mempelajari tulisan jawi menimbulkan kesedihan di kalangan warga maya.
Kisah seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit kulit serius bersungguh-sungguh mempelajari tulisan jawi menimbulkan kesedihan di kalangan warga maya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kisah seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit kulit serius bersungguh-sungguh mempelajari tulisan jawi menimbulkan kesedihan di kalangan warga maya.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi Facebook ibunya, Ruz Dyah yang menceritakan tentang anaknya bernama Muhammad Alif Firdaus menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa menyebabkan jarinya tidak terbentuk dengan sempurna dan kulitnya mengelupas kemerahan.

Ibunya turut meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu yang mampu untuk menulis ayat al-Quran dengan baik dan cantik meskipun jari tidak sempurna seperti kanak-kanak lain.

"Semangat adik yang terlalu kuat kadang-kadang membuatkan umi rasa terharu walaupun adik tak macam kanak-kanak lain tapi adik mampu berdikari, tak pernah merungut dan tetap bersemangat untuk mendapatkan ilmu.

"Umi bangga dengan kekuatan yang ALLAH berikan pada adik, anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ini semangat adik bertambah kuat, ceria dan sentiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat," tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, Ruz berkata, dia bersyukur kerana anaknya sentiasa bersemangat menempuhi zaman persekolahannya dan kekuatan itu telah menjadi pembakar semangat buatnya untuk memberi sokongan penuh buat anaknya itu.

Menurutnya, Alif juga merupakan seorang yang sentiasa kuat semangat dan pandai berdikari malahan tidak pernah merungut akan kekurangan dirinya yang tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain.

"Walaupun jari jemari adik tak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik dan kemas, kalah abang dan kakak. Tulisan umi pun tak boleh secantik tulisan adik tau.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen yang memuji kekuatan semangat yang dimiliki oleh Muhammad Alif yang tidak berputus asa dengan kelemahan yang dimilikinya.
Antara reaksi netizen yang memuji kekuatan semangat yang dimiliki oleh Muhammad Alif yang tidak berputus asa dengan kelemahan yang dimilikinya.

"Kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkan jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat. Semoga adik sentiasa di bawah lindungan ALLAH," katanya.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Ruz kini tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji kekuatan semangat yang dimiliki oleh Muhammad Alif yang tidak berputus asa dengan kelemahan yang dimilikinya.

"Comelnya penulisan adik Alif. Alhamdulillah, itulah kelebihan ALLAH bagi dekat adik dan kakak doakan semoga adik diberi kekuatan untuk menempuhi cabaran yang bakal adik tempuhi nanti," tulis Rahmana Ladina di Facebook.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!