Taikun hartanah Vietnam dibicara tipu RM59 bilion

Truong My Lan. - Agensi
Truong My Lan. - Agensi
A
A
A

HO CHI MINH CITY - Seorang pengerusi pemaju hartanah terkenal di Vietnam telah dibicarakan di Vietnam atas pertuduhan bersama rakannya subahat menggelapkan AS$12.5 bilion (RM59 bilion) daripada sebuah bank ‘untuk kegunaan peribadi’.

Truong My Lan telah dituduh membuat permohonan pinjaman palsu untuk mengeluarkan wang dari Saigon Commercial Bank (SCB) dalam tempoh sedekad.

Media kerajaan melaporkan seramai 85 tertuduh lain turut dibicarakan di mahkamah di Ho Chi Minh City termasuk bekas kakitangan bank pusat, pegawai kerajaan dan eksekutif SCB. Dua warga China dilaporkan masih bebas.

Mereka berdepan pertuduhan rasuah, salah guna kuasa, peruntukan dan melanggar undang-undang perbankan.

Media kerajaan menyiarkan gambar puluhan van membawa defendan ke mahkamah dengan kawalan keselama-tan yang ketat.

Seramai 85 defendan berada di dalam mahkamah dengan lapan lagi masih bebas.

Pada masa sama, polis Vietnam telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuk tahanan bebas itu. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!