Kedah mula latihan pramusim 2024-2025

Ahmad Fauzi (kiri) dan Nafuzi pernah bergandingan bersama sebagai pemain dalam pasukan Kedah pada era 'double treble' di bawah kendalian ketua jurulatih, Allahyarham Azraai Khor Abdullah. Foto KDA FC
Ahmad Fauzi (kiri) dan Nafuzi pernah bergandingan bersama sebagai pemain dalam pasukan Kedah pada era 'double treble' di bawah kendalian ketua jurulatih, Allahyarham Azraai Khor Abdullah. Foto KDA FC
A
A
A

SKUAD Kedah Darul Aman (KDA) FC memulakan latihan rasmi pra musim Liga Malaysia 2024-2025 di Stadium Sultan Abdul Halim pada petang Selasa.

Pemilik majoriti Sang Kenari, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar juga turut turun padang untuk membakar semangat para pemain melalui satu perjumpaan dengan semua pengurusan sebelum latihan pertama bermula.

KDA FC dalam satu kenyataan berkata, pihak pengurusan sentiasa berkomunikasi perkembangan terkini kelab terutamanya isu berbangkit dengan pentadbiran dan kewangan semasa.

Menurutnya, langkah itu bertujuan agar pemain mendapat nasihat atau makluman segera berkenaan apa-apa perkembangan terkini kelab dari segi pengurusan pasukan-pasukan di bawah naungan kelab tersebut.

“Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super KDA FC, Nafuzi Zain turut lega mendengar penjelasan pihak pengurusan dalam meneruskan saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya.

Pada pertemuan pertama tersebut, turut diperkenalkan penyelaras baharu baharu KDA FC, Ahmad Fauzi Saari yang merupakan bekas pemain Hijau Kuning dari tahun 2002 sehingga 2011.

Turut menyertai pertemuan dan sesi latihan pertama adalah empat pemain baharu KDA FC yang diumumkan pada Selasa iaitu Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!