Pemandu 'King' putih pandu melulu diburu
BAGAN SERAI - Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kemalangan di Kilometer 93 Jalan Ipoh-Butterwort dekat Selinsing di sini.
Kejadian berlaku pada 3 Mac itu mendapat perhatian umum selepas rakaman papan pemuka berdurasi 39 saat kejadian itu dimuat naik dan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat itu, Perodua Myvi berwarna putih berkenaan dikesan telah menyebabkan kemalangan dengan dua kenderaan lain.
Menurutnya, kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat itu telahpun membuat laporan dan rakaman percakapan diambil oleh pihak polis.
"Berdasarkan siasatan awal, Perodua Myvi itu didaftarkan atas nama seorang wanita berusia 45 tahun yang beralamat di Ipoh.
"Polis kini dalam usaha mengesan pemilik kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Khairul A'ini Jamaludin di talian 019-8294242.
"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi segala peraturan ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan selain membahayakan pengguna lain," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
@sinarharianonline Pemandu 'King' putih pandu melulu diburu #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #Video #JalanRaya #Kereta #Myvi #Kemalangan #Perak
original sound - SpongeBob background music
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!