Isu air Sabah: Peruntukan tambahan RM100 juta sedang dimohon
06 Mac 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 6 MAC 2024
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak RM300 juta sudah diluluskan tahun lalu secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah.
Menurutnya, empat projek baru juga sudah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 berjumlah RM200 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu bekalan air di negeri Sabah.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat #AirSabah