Kedai lebih bersih sejak larangan merokok

Kedai Makan Pokok Pauh lebih bersih, sejak penguatkuasaan larangan merokok, awal bulan ini.
Kedai Makan Pokok Pauh lebih bersih, sejak penguatkuasaan larangan merokok, awal bulan ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Kedai makan Pokok Pauh yang menjadi tumpuan orang ramai di Kuala Krai lebih bersih sejak larangan merokok dikuatkuasakan awal bulan ini.

Peniaga, Masrida Mokhtar,44, berkata, ia berikutan pelanggan akur dengan peraturan yang mula dikuatkuasakan.

"Kebiasaannya pelanggan tetap kedai kami berkumpul, bersembang sambil merokok, ketika itu, setiap kali bersihkan kedai mesti ada puntung rokok.

"Tapi sekarang nak jumpa pun payah mungkin satu atau dua saja setiap kali bersihkan kedai," katanya.

Bagaimanapun, pelaksanaan larangan merokok menyebabkan kebanyakan pelanggan tetapnya semakin berkurangan.

"Pelanggan tak dapat merokok dan kuranglah berkumpul macam dulu setiap petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!