Wang hampir setengah juta ringgit lesap ditipu kenalan

Suspek mendakwa memiliki wang berjumlah RM25 juta yang dimasukkan ke akaunnya dari luar negara. Gambar hiasan (Gambar kecil: Sohaimi)
Suspek mendakwa memiliki wang berjumlah RM25 juta yang dimasukkan ke akaunnya dari luar negara. Gambar hiasan (Gambar kecil: Sohaimi)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berputih mata apabila wang hampir setengah juta ringgit miliknya lesap selepas diperdaya kenalan dalam urusan pengeluaran wang di bank.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima aduan daripada lelaki berusia 45 tahun itu Sabtu lalu yang mendakwa telah ditipu oleh seorang kenalannya bagi urusan pengeluaran wang berjumlah RM25 juta dari akaun suspek.

Menurutnya, mangsa telah diperkenalkan kepada suspek pada 2021, iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun mendakwa memiliki wang berjumlah RM25 juta yang dimasukkan ke akaunnya dari luar negara.

"Suspek telah memohon pertolongan mangsa agar memberikan wang bagi membayar pelbagai kos seperti cukai kerajaan untuk kemasukan wang dari luar negara dan menjanjikan bayaran balik wang bersama komisyen berjumlah RM6 juta.

"Suspek turut menunjukkan beberapa dokumen bagi meyakinkan mangsa bahawa wang RM25 juta itu benar-benar wujud," katanya.

Beliau berkata, yakin dan percaya dengan janji-janji suspek, mulai Disember 2021 sehingga Jun 2023 mangsa telah menyerahkan wang kepada suspek secara tunai selain turut dimasukkan ke dalam empat akaun bank berbeza sebanyak 98 transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM427,940.

Beliau berkata, bagaimanapun, mangsa mula merasa curiga dan menuntut kembali wang yang telah diberikan apabila suspek masih meminta mangsa membuat bayaran pada Julai 2023.

"Suspek kemudiannya telah menghilangkan diri dan gagal dikesan. Mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu oleh suspek telah membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu," katanya.

Sohaimi berkata, siasatan juga akan meliputi penglibatan 'kedai akaun' sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!