Israel sekat konvoi trak makanan PBB masuk Gaza

Pelarian Palestin membawa guni tepung dari trak bekalan bantuan kemanusiaan dekat pos kawalan Israel di Gaza. Foto Agensi
Pelarian Palestin membawa guni tepung dari trak bekalan bantuan kemanusiaan dekat pos kawalan Israel di Gaza. Foto Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mendakwa konvoi bantuan mereka diarahkan berpatah balik ketika ia tiba di pos pemeriksaan untuk memasuki utara Genting Gaza.

Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), 14 trak yang membawa bekalan kira-kira 200 tan makanan terpaksa menunggu selama tiga jam di Wadi Gaza.

Ia merupakan konvoi pertama sejak penghantaran bantuan ke utara disekat pada 20 Februari lalu.

”Sekumpulan penduduk Gaza yang terdesak dan kelaparan turut menyerbu trak berkenaan,” ujar WFP.

Kanak-kanak Palestin kini berdepan masalah kebuluran teruk susulan sekatan yang dikenakan tentera Israel. Foto AFP
Kanak-kanak Palestin kini berdepan masalah kebuluran teruk susulan sekatan yang dikenakan tentera Israel. Foto AFP

Dalam perkembangan berkaitan, WFP yang bekerjasama dengan tentera udara Jordan menggugurkan kira-kira enam tan bekalan makanan yang boleh mengisi perut sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Gaza.

”Misi gugurkan bantuan dari udara adalah pilihan terakhir bagi mengelakkan kebuluran. Kami memerlukan akses untuk memasuki ke utara Gaza untuk penghantaran bekalan makanan kepada hampir separuh juta penduduk,” jelas Timbalan Pengarah Eksekutif WFP, Carl Skau.

PBB menganggarkan kira-kira 2.2 juta penduduk Gaza terutamanya golongan kanak-kanak di bahagian utara kini di ambang kebuluran setelah perang ganas itu berlarutan selama lima bulan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!