El Nino makin lemah, suhu kekal tinggi

Kemarau berpanjangan yang melanda beberapa negara juga berpunca daripada fenomena El Nino. Foto Agensi
Kemarau berpanjangan yang melanda beberapa negara juga berpunca daripada fenomena El Nino. Foto Agensi
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) pada Selasa memaklumkan corak cuaca El Nino mula lemah, namun akan terus menyemarakkan suhu melebihi purata di seluruh dunia.

Jurucakapnya, Claire Nullis berkata, El Nino mencapai kemuncak pada Disember 2023 dan telah menjadi salah satu daripada lima cuaca ekstrem 'paling kuat' dalam sejarah.

“Ia akan beri impak kepada iklim global dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kita akan melihat suhu di atas paras normal antara Mac dan Mei secara keseluruhan di kebanyakan kawasan dataran,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sejak Jun 2023 telah menyaksikan rekod suhu baharu, sekali gus menjadi tahun paling panas.

“El Nino telah menyumbang kepada rekod suhu itu, namun gas rumah hijau yang memerangkap haba adalah punca utamanya,” ujar Setiausaha Agung WMO, Celeste Saulo.

Data agensi itu menunjukkan terdapat kira-kira 60 peratus potensi El Nino berterusan pada Mac-Mei 2024 dan 80 peratus peluang keadaan neutral.

Fenomena tersebut berlaku secara purata pada setiap dua hingga tujuh tahun, lazimnya berlarutan sembilan hingga 12 bulan dan dikaitkan dengan cuaca ekstrem seperti kebakaran hutan, siklon tropika dan kemarau berpanjangan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!