Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Premis jual seluar sekolah harga tak munasabah diberi notis

A
A
A

BERITA SEMASA 6 MAC 2024

Sebuah premis di Kuala Kangsar diberi notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak kerana menjual seluar sekolah pada harga tidak munasabah, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Premis tersebut dikesan melakukan kesalahan itu hasil pemeriksaan dijalankan KPDN Perak sempena Ops Catut Kembali Ke Sekolah yang diadakan pada 19 hingga 23 Februari lalu.

Menurut Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, sebanyak 25 pemeriksaan dilakukan dalam operasi itu membabitkan 78 jenis barangan keperluan persekolahan di premis kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya mini dan pasar raya besar.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah Kembali Ke Sekolah di Pasar Raya Besar Mydin Meru di Ipoh pada Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653068/edisi/perak/premis-jual-seluar-sekolah-harga-tak-munasabah-diberi-notis

Muzik: Elevate dari www.bensound.com