Umat Islam perlu kembali kepada ajaran agama Islam

Dr Hussamuddin ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian semalam. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Dr Hussamuddin ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian semalam. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

BAHAGIAN II

KITA kena kaji balik di semua peringkat: kita sebagai individu, kita sebagai ketua keluarga, kita sebagai ketua syarikat, kita ketua persatuan, kita ketua parti, kita ketua jabatan, kita menteri. Sejauh mana kita sudah berjaya membuat kita lebih baik sekarang dari dulu? Bagaimana kita boleh buat kejiranan kita lebih baik sekarang dari dulu? Bagaimana jabatan kita lebih baik dari dulu?

Kita kena tanya soalan itu jadi kita mesti pastikan keutamaan kita. Kalau uruskan pusat zakat, bagaimana kita uruskan kemiskinan di kawasan kita? Pengerusi masjid, apa duit yang dikumpul dan digunakan dan berapa banyak digunakan untuk bantu kariah kita? Kita tengok atau tidak berapa ramai kariah kita yang tidak makan, yang yuran tidak boleh bayar, kita kena proaktif.

Jadi maknanya ketua keluarga kena pastikan kerana bagi saya akidah dan keimanan harus ditanam oleh ibu bapa mereka ke sekolah untuk belajar benda lain tetapi kita serahkan kepada guru.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia

Akhlak adalah tanggungjawab ibu bapa dan sekolah adalah untuk membantu anak kita lebih kompetitif dan maju dan kita kena pastikan anak-anak Islam lebih berjaya, solat tidak tinggal, kita beruntung kita orang Islam ALLAH ajar kita dengan sifat kebersihan sebelum mengadap ALLAH kita perlu mandi, wuduk bersihkan muka telinga rambut ada hikmahnya tetapi kenapa apabila keluar dari rumah kita kotor kita buang sampah merata, rumah tidak bersih, kejiranan kotor.

ALLAH disiplinkan kita kerana kita tidak disiplin, jadi kembalilah.

Sepatutnya orang Islam mesti jadi orang yang paling berjaya, apabila mengurus mesti dengan baik, hati mesti murni, ikhlas dan jujur. Kenapa mesti potong barisan orang lain apabila solat itu bila kita sampai lambat kita kena duduk duduk belakang.

Itu semua itu dilatih melalui amalan-amalan Islam tetapi kita tidak ikut dan itu menyebabkan orang bukan Islam tidak percaya pada kita.

Saya harap guru-guru, ibu bapa harus memberikan ilmu al-Quran dan kefahaman serta akhlak yang dituntut agama, ini tanggungjawab ibu bapa dan guru agama dan jangan lepaskan kepada pusat tahfiz dan ustaz, ini tanggungjawab.

Jangan jadi ayah yang gagal bila disoal nanti ayah bertanggungjawab, ayah harus bimbing keluarga supaya jadi orang yang berjaya dan dia kena kerja kuat, berdisiplin, urus keluarga dengan baik barulah kita akan dihormati dan isu-isu ini tidak akan timbul.

Artikel Berkaitan:

Seruan kita ini untuk orang Islam dan perbaiki diri kita kerana kita majoriti, kita memerintah. Kita sebagai ketua adalah tanggungjawab kita dan dalam Islam kita kena jaga mereka dan bila kita jaga mereka, mereka hormati kita dan akhirnya perubahan di tangan kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!