Debut Luqman di bumi Samurai Biru

Luqman ditampilkan pada separuh masa kedua ketika berdepan kelab Divisyen Dua, Mito Hollyhock dalam pusingan pertama Piala YBC Levain 2024 di Stadium Nippatsu Mitsuzawa.
Luqman ditampilkan pada separuh masa kedua ketika berdepan kelab Divisyen Dua, Mito Hollyhock dalam pusingan pertama Piala YBC Levain 2024 di Stadium Nippatsu Mitsuzawa.
A
A
A

BINTANG bola sepak sensasi skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Luqman Hakim Shamsudin menikmati minit permainan kompetitif pertama bersama kelab baharunya, Yokohama SCC pada Rabu.

Luqman ditampilkan pada separuh masa kedua ketika berdepan kelab Divisyen Dua, Mito Hollyhock dalam pusingan pertama Piala YBC Levain 2024 di Stadium Nippatsu Mitsuzawa.

Luqman dimasukkan pada minit ke-77 ternyata memanfaatkan peluang beraksi di posisi sayap kiri menggerakkan jentera, serangan kelab Divisyen Tiga tersebut.

Luqman yang dipinjamkan dari KV Kortrijk menggantikan Wakizaka Ryohei bersama-sama rakan sepasukan mengekalkan jaringan awal Koki Matsumura minit ke-67 sebelum itu sekaligus debut pertama di bumi Samurai Biru.

Kemenangan 1-0 itu membolehkan Yokohama SCC menempah slot pusingan kedua berdepan kelab Liga Jepun (Liga-J1), FC Tokyo pada 17 April depan.

Yokohama SCC akan bertandang ke Stadium Matsumoto laman Matsumoto Yamaga bagi perlawanan liga pada 9 Mac.

Sebagai rekod, Yokohama SCC kini menduduki tangga ke-16 liga selepas mengharungi dua perlawanan dengan mengumpul satu mata - hasil satu seri, satu tewas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!