Jurusolek China ubah muka nenek 72 tahun jadi puteri

Nenek berusia 72 tahun disolek menjadi seorang puteri gaya Eropah. Foto Agensi
Nenek berusia 72 tahun disolek menjadi seorang puteri gaya Eropah. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang jurusolek di China boleh dianggap 'jari jemari emas' apabila menggunakan kemahiran luar biasanya menukar rupa pelanggannya menjadi muda, tular di media sosial di tanah besar itu.

Dengan jumlah pengikut seramai 5.5 juta orang, jurusolek yang dikenali sebagai Tuzi atau Arnab, tidak menang tangan apabila pelanggannya sanggup menunggu giliran untuk tempoh lama supaya mereka disolek menjadi kelihatan muda remaja.

Malah pelangganya bukan orang biasa, tetapi golongan artis dan selebriti terkenal pernah mendapatkan khidmatnya itu.

Tidak hairanlah semasa membuat tutorial secara langsung di platform media sosial, purata orang ramai yang melihat sebanyak 1 juta orang.

Salah satu videonya paling popular menyaksikan Tuzi mengubah wajah seorang nenek berusia 72 tahun menjadi seorang puteri dengan gaya Eropah telah menarik hampir 800,000 tanda suka.

"Tuzi membantu nenek mendapatkan semula zaman muda remajanya," tulisnya dalam video tersebut.

Dalam video lain yang menerima 1.1 juta tanda suka, menampilkan Tuzi menyolek seorang pelakon komedi klasik menjadi lelaki muda dan hampir tidak dikenali isterinya.

Sebenarnya, kedai milik Tuzi, Starlight Rabbit Portrait Studio terletak di wilayah Yunnan di barat daya China dan dia mempunyai 17 cawangan di destinasi terkenal di seluruh China.

Artikel Berkaitan:

Setiap studionya menawarkan gaya solekan yang menggabungkan ciri-ciri tempatan seperti etnik minoriti, estetika ratu ais dan banyak lagi.

Harga untuk pakej solekan antara 699 hingga 2,888 yuan (RM464 hingga RM1,917). - Agensi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!