Ibu bapa guna BAP beli barangan sekolah anak

Ibu bapa membuat pembelian baju sekolah di saat akhir menjelang sesi persekolahan pada Isnin.
Ibu bapa membuat pembelian baju sekolah di saat akhir menjelang sesi persekolahan pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Masih ramai ibu bapa membuat persiapan terakhir membeli kelengkapan sekolah yang akan memulakan sesi pembelajaran Isnin ini.

Rata-rata mereka mengakui menggunakan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 bagi tujuan tersebut.

Mohd Anizan Ibrahim, 42, berkata, wang tersebut digunakan untuk membeli barangan kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam dan kasut untuk dua anaknya bersekolah di Tahun Enam dan Tingkatan Tiga.

Dia yang bekerja sendiri berkata, sudah menjadi kebiasaan menyimpan wang bantuan yang diterima bagi meringankan beban pembelian barang sekolah anak-anaknya.

"Saya biasa membeli dua pasang pakaian sesi pagi dan sekolah agama, sementara keperluan lain menggunakan pakaian lama yang masih elok.

"Jadi, saya perlu tambah sedikit wang untuk beli buku dan lain-lain kelengkapan," katanya ketika ditemui di pasar raya di Taman Tas dekat sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Anizan berkata, harga pakaian pada kali ini berlaku sedikit peningkatan dengan perbelanjaan buat seorang anaknya mencecah RM150 hingga RM200.

Kelihatan ibu memilih pakai seragam yang sesuai dengan anak mereka di sebuah pasar raya di Taman Tas pada Khamis.
Kelihatan ibu memilih pakai seragam yang sesuai dengan anak mereka di sebuah pasar raya di Taman Tas pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Bagi penjawat awam, Siti Nur Ena Zulkifli, 28, pula berkata, dia menggunakan wang BAP sepenuhnya bagi persiapan sekolah anak tunggalnya.

Dia berkata, anaknya Nur Azila Rambi, 10, hanya memerlukan sepasang baju untuk persekolahannya kerana baju sekolah sebelum ini masih elok.

"Saya memilih pasar raya besar kerana semua keperluan ada di sini, jadi tidak perlu ke tempat-tempat yang berbeza sekali gus lebih memudahkan dengan harga yang ditawarkan pula berpatutan," katanya yang tinggal Gambang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!